Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997.
Masalah pembelajaran di definisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.
Definisi Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
- · Kebolehan kognitif.
- · Tingkahlaku sosial / Perkembangan sosial.
- · Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan.
- · Penguasaan membaca.
- · Kemahiran perkembangan ( developmental skills )
- · Kemahiran matematik.
0 Ulasan:
Post a Comment