Pages

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...


Cerebral palsi.

           Adalah kecacatan anggota disebabkan disebabkan oleh cacat hubungan saraf di antara bahagian otak dengan  bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia.                                 
·                              * Cerebral adalah berkaitan dengan otak.
·                              * Palsi ialah tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhya.
Cerebral palsi adalah berkenaan kekal, tidak progresif, yakni keadaan kecacatan otak itu tidak akan menjadi serius atau tenat. Cerebral juga boleh diklasifikasikan juga dengan cara melalui pergerakan anggota badan (kaki dan tangan)yang berpalsi.

Jenis Cerebral palsi.
  • ·        Palsi cerebral Spastik.
  • ·        Palsi cerebral  ‘Athetoid’.
  • ·        Palsi cerebral ‘Ataxia’.
  • ·        Palsi cerebral Gabungan
Ciri-ciri kanak-kanak cerebral palsi.
  •   Nyata melalui pergerakan anggota badan.
  •   ‘Contarcture’ atau otot-otot mencerut yang menyebabkan pergerakan terbatas. 
  •   ‘Scoliosis” tulang belakang membengkok dan pengalihan tulang pinggul.
  •   Menghidap penyakit lain seperti epilepsi, masalah penglihatan dan terencat akal.
  •   Tahap kemampuan intelek -  antara pintar cerdas dengan terencat akal.
  •   Masalah motor yang menyebabkan masalah untuk makan dan menelan makanan.
Cerebral Palsi.

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...


Autisme
Autisme di definasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”.

Faktor-Faktor Autisme.
  • ·        Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU).
  • ·        Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Di antaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).
  •  ·        Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic  system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.  Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik.
  • ·        Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).
Ciri-Ciri  Autisme.
  •   ·        Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.
  • ·        Sukar diajak bercakap.
  • ·        Meniru perbualan atau nyanyian tanpa mengerti maksud.
  • ·        Suka bersendirian dan tiada hubungan mata.
  • ·        Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.
  • ·        Tidak suka dipegang atau dipeluk.
  • ·        Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin.
  • ·        Melakukan pergerakan yang sama atau berulang-ulang.
  • ·        Tidak suka kepada perubahan (daripada apa yang dilakukannya).
  • ·        Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab.
  • ·        Mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang.
  • ·        Merosakkan apa sahaja di sekitarnya jika emosinya terganggu.
  • ·        Adakalanya mencederakan diri sendiri.
  • ·        Menyerang sesiapa sahaja jika emosinya terganggu.


                                                               Murid Autisme.

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...


Slow learner (lembam).

Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum, di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah, objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Breman 1974, murid-murid yang gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka.
PPK 1984 mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersikap negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri.

Faktor-Faktor Slow Learner.

·        Masalah Biologikal.
  • -Kekurangan dari aspek penglihatan dan pendengaran.
  • -Pergerakan terganggu.
  • -Kecatatan fizikal.
  • -Masalah kesihatan.
·        Masalah Psikologi.
  • -Kurang kecerdasan.
  • -Ketidakstabilan emosi.
  • -Kurang matang.
  • -Pengaruh keluarga.
  • -Masalah tingkahlaku.
·        Masalah Persekitaran.
  • -Status ekonomi.
  • -Saiz keluarga.
  • -Pendidikan ibubapa.
  • -Pengalaman bahasa.
  • -Sikap ibubapa terhadap pendidikan.
Ciri-Ciri Slow Learner.

·        Kognitif.
  •  -Lemah tidak memahami konsep.
  • -Lemah dalam penerimaan konsep baru.
  • -Tumpuan perhatiannya terhad.
  • -Tumpuan mudah terganggu.
  • -Mudah lupa dan ingatan singkat.
  • -Kurang daya cipta.
  • -Lemah dalam membuat hubungkait.
  • -Lemah dalam kemahiran 3M.·   
·        Psikologi.
  • -Kurang keyakinan diri.
  • -Kestabilan emosi terganggu.
  • -Kurang matang.
·        Ciri-ciri tingkahlaku.
  • -Kurang pergaulan.
  • -Bersikap kurang minat.
  • -Lambat memberi tindakbalas.
  • -Gagap, pelat dan sengau.
  • -Mengalami gangguan kesihatan.
  • -Malas untuk datang ke sekolah.
  • -Kurang perbendaharaan kata. 
                                                           Murid Slow Learner.