Pages

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...

Sindrom Down.
Sindrom Down adalah sejenis penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 ( biasanya hanya dua salinan ) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Sindrom juga bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini juga mengambil nama seorang doktor Inggeris yang bernama Dr. Langdon Down, iaitu orang yang pertama menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.

Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?.
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

Ciri- Ciri Fizikal Sindrom Down.
  •   Tubuh yang pendek.
  •   Kepala bersaiz kecil.
  •   Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  •     Lidah yang tebal, kasar dan cenderung terjelir.
  •     Satu garis lurus di tapak tangan, tangan  yang besar dan jari yang pendek.
  •    Jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  •     Pertumbuhan yang lambat.
  •     Mata sentiasa berair dan merah.
  •     Majoriti berambut lurus dan lembut.
  •    Berbadan gempal dan rendah.
  •    Suka bermanja, bermain dan bergembira.
  •     IQ di antara 30 hingga 80.
  •     Kecacatan dikesan selepas lahir.
Masalah-Masalah Kesihatan Sindrom Down.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur. 
  • Penyakit jantung kongenitial. (dilahirkan dengan penyakit jantung)
  • Kecacatan pertumbuhan perut. (tiada dubur)
  • Mudah mendapat jangkitan.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
  • Gangguan fungsi tiroid. 
  • Barah ( kanser ). (leukimia akut mudah berlaku)

                                                Murid-Murid Sindrom Down.




0 Ulasan:

Post a Comment