Pages

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...


Slow learner (lembam).

Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas, kurikulum, di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah, objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.
Breman 1974, murid-murid yang gagal menghadapi kerja-kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka.
PPK 1984 mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersikap negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkahlaku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri.

Faktor-Faktor Slow Learner.

·        Masalah Biologikal.
  • -Kekurangan dari aspek penglihatan dan pendengaran.
  • -Pergerakan terganggu.
  • -Kecatatan fizikal.
  • -Masalah kesihatan.
·        Masalah Psikologi.
  • -Kurang kecerdasan.
  • -Ketidakstabilan emosi.
  • -Kurang matang.
  • -Pengaruh keluarga.
  • -Masalah tingkahlaku.
·        Masalah Persekitaran.
  • -Status ekonomi.
  • -Saiz keluarga.
  • -Pendidikan ibubapa.
  • -Pengalaman bahasa.
  • -Sikap ibubapa terhadap pendidikan.
Ciri-Ciri Slow Learner.

·        Kognitif.
  •  -Lemah tidak memahami konsep.
  • -Lemah dalam penerimaan konsep baru.
  • -Tumpuan perhatiannya terhad.
  • -Tumpuan mudah terganggu.
  • -Mudah lupa dan ingatan singkat.
  • -Kurang daya cipta.
  • -Lemah dalam membuat hubungkait.
  • -Lemah dalam kemahiran 3M.·   
·        Psikologi.
  • -Kurang keyakinan diri.
  • -Kestabilan emosi terganggu.
  • -Kurang matang.
·        Ciri-ciri tingkahlaku.
  • -Kurang pergaulan.
  • -Bersikap kurang minat.
  • -Lambat memberi tindakbalas.
  • -Gagap, pelat dan sengau.
  • -Mengalami gangguan kesihatan.
  • -Malas untuk datang ke sekolah.
  • -Kurang perbendaharaan kata. 
                                                           Murid Slow Learner.

Kategori dan Ciri-Ciri Kanak-Kanak Khas Bermasalah Pembelajaran...

Sindrom Down.
Sindrom Down adalah sejenis penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 ( biasanya hanya dua salinan ) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. Sindrom juga bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit. Sindrom ini juga mengambil nama seorang doktor Inggeris yang bernama Dr. Langdon Down, iaitu orang yang pertama menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.

Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?.
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

Ciri- Ciri Fizikal Sindrom Down.
  •   Tubuh yang pendek.
  •   Kepala bersaiz kecil.
  •   Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  •     Lidah yang tebal, kasar dan cenderung terjelir.
  •     Satu garis lurus di tapak tangan, tangan  yang besar dan jari yang pendek.
  •    Jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  •     Pertumbuhan yang lambat.
  •     Mata sentiasa berair dan merah.
  •     Majoriti berambut lurus dan lembut.
  •    Berbadan gempal dan rendah.
  •    Suka bermanja, bermain dan bergembira.
  •     IQ di antara 30 hingga 80.
  •     Kecacatan dikesan selepas lahir.
Masalah-Masalah Kesihatan Sindrom Down.
  • Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur. 
  • Penyakit jantung kongenitial. (dilahirkan dengan penyakit jantung)
  • Kecacatan pertumbuhan perut. (tiada dubur)
  • Mudah mendapat jangkitan.
  • Masalah pendengaran dan penglihatan.
  • Gangguan fungsi tiroid. 
  • Barah ( kanser ). (leukimia akut mudah berlaku)

                                                Murid-Murid Sindrom Down.




 
Visi dan Misi Pendidikan Khas
VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid
berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



MISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.